Selepas dikecam teruk oleh netizen dan dinasihati oleh rakan artis Sharifah Amani gara-gara melabelkan YB Syed Saddiq sebagai budak-budak, Dira Abu Zahar nampaknya sekali lagi menjadi bualan netizen.
Masih berkaitan dengan luahan tentang isu politiknya, ramai yang tidak puas hati dan kurang bersetuju dengan kenyataan Dira bahawa orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kampung baru sedar ataupun tidak tahu bahawa mereka akan mengalami kesukaran untuk menggunakan fasiliti awam yang disediakan oleh pemerintah lalu memandangkan kerajaan Malaysia sudah bertukar.
“Tweet” itu mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang menyifatkan kenyataan Dira itu tidak masuk akal. Sharnaaz berpendapat Dira perlu merehatkan diri sebentar daripada memuat naik pelbagai status.
Bak kata Sharifah Amani pada Dira sebelum ini, cubalah jadi pembangkang yang berkualiti dan jangan menimbulkan kekecohan ataupun memuat naik status yang tidak logik seperti ini. Jangan nanti orang ramai menyampah pula.