October 24th, 2020

Sebagai tanda penghargaan, cef selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah memberi sedikit sumbangan buat semua penghantar makanan atau ‘rider’ yang mengambil tempahan dari restorannya iaitu restoran Minangkapau.

Menerusi ruangan instagramnnya, Fazley menyampaikan pesanan supaya setiap penghantar makanan yang dtang mengambil tempahan untuk memilih sampul yang disediakan. Menurutnya, di dalam sampul tersebut berisi duit serta baucer makanan yang boleh diguna pakai di restorannya itu.

View this post on Instagram

Abang/adik Rider , Jemputlah ambil 1 sampul sebagai tanda terima kasih: 1. Duit Tips ATAU 1. Voucher makan di Minangkapau Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan Salam sayang, Dato’ Fazley Yaakob @grabfoodmy @foodpandamy

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

“Kepada abang/adik rider, jemputlah ambil satu sampul sebagai tanda terima kasih. Boleh pilih dalam sampul itu berisi duit tips atau baucer makanan di Minangkapau. Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan,”

Dalam video yang dimuat naik di media sosialnya itu, kelihatan wang bernilai RM50 serta baucer makanan diisi dalam sampul dengan nota kecil buat ‘rider-rider’ yang telah dianggap sebagai ‘frontliners’ oleh rakyat Malaysia.

View this post on Instagram

People often ask me, siapa yang menjadi pendorong utama saya untuk memasak, sudah tentu ibu saya tercinta @rsd.umi Dari kecil saya dah sibuk bantu ibu saya di dapur, bantu ibu buat kek dan biskut, bantu ibu kacau kuali dan curi2 makan setiap kali ada menu baru. Setiap kali saya memasak atau baking, ibulah orang pertama yang saya minta comment, dan kemudian arwah ayah saya serta arwah uwan. Kemudian bila sudah beristeri, adik sayang saya @azrene_ahmad juga menjadi tunggak dan pendorong saya di dalam dunia kulinari. Adik perempuan bongsu saya @nadyaakob turut di belakang saya menjadi penyokong tegar sentiasa. Perjalanan operasi perniagaan saya di @sukasucrebistro dan @minangkapau di terajui bersama oleh adinda saya @imranajmain Doa dan sokongan yang berpanjangan dari adinda saya dua orang lagi @rafyaakob dan @farah.yaakob turut menjadi semangat untuk saya selama ini. Terima kasih semua, Paji/abang/balong love all of you ketat2!

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Peminat yang mengikuti entri berkenaan rata-rata memuji sikap murah hati yang ditunjukkan Fazley dan ada juga yang mengatakan seperti menerima ‘duit raya’ ketika perayaan Aidilfitri.

Sekadar info, restoran Minangkapau milik Chef Dato’ Fazley telah beroperasi sejak setahun yang lalu.


One response to “Tanda Terima Kasih, Fazley Yaakob Hadiah Wang Tunai Dan Baucar Buat Penghantar Makanan”

  1. tecit says:

    tahniah n terima kasih datuk fazley memberi contoh terbaik. adik sy pon rider jgk. mcm2 die buat utk sara keluarga di musim covid ni. lalamove la. kdg2 delivery surprise la. semoga adik sy & semua rider, deliveryman, postman dekat malaysia ni selamat dunia akhirat aminnn. xlupe doa yg same utk postmen luar negara (shopee) jgk. & krew2 courier dlm & luar negara tehehe

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...