Tanda Terima Kasih, Fazley Yaakob Hadiah Wang Tunai Dan Baucar Buat Penghantar Makanan

Hiburan

Tanda Terima Kasih, Fazley Yaakob Hadiah Wang Tunai Dan Baucar Buat Penghantar Makanan

Sebagai tanda penghargaan, cef selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah memberi sedikit sumbangan buat semua penghantar makanan atau ‘rider’ yang mengambil tempahan dari restorannya iaitu restoran Minangkapau.

Menerusi ruangan instagramnnya, Fazley menyampaikan pesanan supaya setiap penghantar makanan yang dtang mengambil tempahan untuk memilih sampul yang disediakan. Menurutnya, di dalam sampul tersebut berisi duit serta baucer makanan yang boleh diguna pakai di restorannya itu.

Advertisement

“Kepada abang/adik rider, jemputlah ambil satu sampul sebagai tanda terima kasih. Boleh pilih dalam sampul itu berisi duit tips atau baucer makanan di Minangkapau. Jaga keselamatan diri ok bila on the road! Terima kasih banyak sebab bersabung nyawa untuk bagi kitaorang semua makan,”

Dalam video yang dimuat naik di media sosialnya itu, kelihatan wang bernilai RM50 serta baucer makanan diisi dalam sampul dengan nota kecil buat ‘rider-rider’ yang telah dianggap sebagai ‘frontliners’ oleh rakyat Malaysia.

View this post on Instagram

People often ask me, siapa yang menjadi pendorong utama saya untuk memasak, sudah tentu ibu saya tercinta @rsd.umi Dari kecil saya dah sibuk bantu ibu saya di dapur, bantu ibu buat kek dan biskut, bantu ibu kacau kuali dan curi2 makan setiap kali ada menu baru. Setiap kali saya memasak atau baking, ibulah orang pertama yang saya minta comment, dan kemudian arwah ayah saya serta arwah uwan. Kemudian bila sudah beristeri, adik sayang saya @azrene_ahmad juga menjadi tunggak dan pendorong saya di dalam dunia kulinari. Adik perempuan bongsu saya @nadyaakob turut di belakang saya menjadi penyokong tegar sentiasa. Perjalanan operasi perniagaan saya di @sukasucrebistro dan @minangkapau di terajui bersama oleh adinda saya @imranajmain Doa dan sokongan yang berpanjangan dari adinda saya dua orang lagi @rafyaakob dan @farah.yaakob turut menjadi semangat untuk saya selama ini. Terima kasih semua, Paji/abang/balong love all of you ketat2!

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Peminat yang mengikuti entri berkenaan rata-rata memuji sikap murah hati yang ditunjukkan Fazley dan ada juga yang mengatakan seperti menerima ‘duit raya’ ketika perayaan Aidilfitri.

Sekadar info, restoran Minangkapau milik Chef Dato’ Fazley telah beroperasi sejak setahun yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...