“Tanda-Tanda Kemurungan..” – Hantaran Instagram Lee Zi Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

Hiburan

“Tanda-Tanda Kemurungan..” – Hantaran Instagram Lee Zi Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik satu hantaran tanpa sebarang kapsyen di akaun Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut pantas mencetuskan pelbagai reaksi dan andaian daripada peminat serta warga maya yang tertanya-tanya maksud di sebalik gambar berkenaan.

Advertisement

Apa yang lebih menimbulkan persoalan ialah kandungan hantaran itu yang memperlihatkan beberapa ilustrasi dalam warna hitam putih.

Tanpa sebarang penjelasan atau kapsyen, imej-imej tersebut seolah-olah menyampaikan mesej tersirat yang hanya difahami oleh si empunya diri.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat tampil memberikan sokongan moral dan kata-kata semangat kepada Zii Jia agar terus tabah menghadapi segala ujian.

Ratusan komen positif membanjiri perkongsian tersebut, menzahirkan kasih dan sokongan buat atlet kesayangan ramai ini.

Semoga Zii Jia terus diberikan ketabahan dan kekuatan dalam meneruskan perjalanan kariernya, baik di dalam mahupun di luar gelanggang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pepnghantar makanan
19 hours ago

"Anda Nak Bukti? Saya Bagi Bukti" - 'Rider' Penghantar Makanan Beli Rumah RM1.4 Juta, Pernah Peroleh RM19K Sebulan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...