“Tanda “No Pork” Tak Bermakna Ianya Halal” – Asyraf Wajdi

Trending

“Tanda “No Pork” Tak Bermakna Ianya Halal” – Asyraf Wajdi

FW455737_KL07_140216_TAHUN_BARU_-lpr

Tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda “tiada babi” seolah-olah makanan yang disediakan di premis tersebut berstatus halal.

Advertisement

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hanya premis makanan yang mempamer sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dikunjungi oleh pengguna beragama Islam.

“Pengusaha makanan yang meletakkan tanda tiada babi di premis mereka tidak mencerminkan apa yang dimaksudkan dengan halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar budaya dan sambutan Tahun Baharu Cina untuk mualaf di Kepong, di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas pengusaha premis makanan yang mengelirukan masyarakat Islam dengan meletakkan tanda “tiada babi.”

Justeru, adalah perlu untuk mendidik masyarakat terutama pengguna beragama Islam, untuk membezakan antara logo halal yang sah dan tanda “tiada babi”, kata beliau.

“Umat Islam harus sentiasa peka kepada kehendak Undang-undang syariah apabila membabitkan soal makanan. Meletakkan tanda tiada babi tidak bermakna ia adalah halal,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melarang premis-premis makanan di negeri itu daripada meletakkan tanda “tiada babi” di premis mereka untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam. – BERNAMA

Sumber : mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...