Tanaman Mula Tumbuh Di Kawasan Terjejas Dalam Kebakaran Hutan Australia Walaupun Ketiadaan Hujan

Trending

Tanaman Mula Tumbuh Di Kawasan Terjejas Dalam Kebakaran Hutan Australia Walaupun Ketiadaan Hujan

Kebakaran hutan di Australia telah meranapkan hampir keseluruhan kawasan terutamanya di New South Wales. Kebakaran paling teruk dalam sejarah negara itu turut mengorbankan lebih 500 juta haiwan menjadikan populasi haiwan ikonik, koala menurun dengan drastiknya.

Baca: Fakta Ringkas Tentang Kebakaran Hutan Di Australia Yang Telah Mengorbankan 500 Juta Haiwan

Advertisement

Namun disebalik kesedihan ini, nampaknya rakyat Australia seakan mendapat sinar harapan apabila melihat pokok-pokok kecil mula tumbuh semula di kawasan hutan yang terbakar. Jurugambar tempatan, Murray Lowe merakamkan kawasan sekitar hutan di New South Wales yang mula menampakkan harapan baru untuk Australia.

hutan australia

hutan australia

Untuk pengetahuan, New South Wales adalah kawasan yang paling teruk terjejas di dalam kebakaran kali ini. Walaupun tanpa kehadiran hujan yang membantu, pokok-pokok kecil mampu tumbuh semula di dalam keadaan yang kering dan panas pada musim ini.

Saya keluar untuk merakamkan gambar di kawasan kebakaran dan gambaran hutan di Aussie selepas kebakaran. Kini, tumbuh-tumbuhan ini kembali hidup walaupun ketiadaan air dari hujan.

Perkongsian gambar-gambar ini di Facebook telah mendapat 42 ribu kongsian dan sebahagian keuntungan dari gambar yang dijual akan diberikan kepada mangsa kebakaran. Kebakaran hutan di Australia bermula sejak September lalu menjadi yang terburuk dalam sejarah ekoran keadaan cuaca yang kering dan panas sebagai faktor tambahan.

Sebelum ini, video remaja Australia menyelamatkan koala yang tercedera dalam kebakaran viral di media sosial. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: (Video) Dua Remaja Penuhkan Kereta Dengan Koala, Bantu Selamatkan Mereka Dari Kebakaran Hutan Australia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...