Tanah Kubur Runtuh, Wanita Terkejut Kain Kafan Ibu Masih Elok Walaupun Sudah 12 Tahun Dikebumikan

Kehidupan

Tanah Kubur Runtuh, Wanita Terkejut Kain Kafan Ibu Masih Elok Walaupun Sudah 12 Tahun Dikebumikan

Beberapa kubur runtuh akibat hakisan ombak yang melanda Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus, Terengganu dan hakisan yang berlaku menyebabkan lima jenazah termasuk tiga yang masih berkain kafan dikebumikan semula.

Siti Idayu Mohd Ali, 41, salah seorang waris bagaimanapun terkejut apabila melihat kain kafan arwah ibunya masih dalam keadaan baik meskipun sudah 12 tahun dikebumikan.

Advertisement

Arwah mak meninggal pada tahun 2012. Saya dimaklumkan tentang perkara itu selepas melihat status WhatsApp dan Facebook penduduk kampung. Jadi dalam jam 8.30 pagi tadi saya datang melihat kubur arwah ibu. Alhamdulillah…kain kafan arwah ibu masih baik dan tak hancur.

tanah kubur terhakis

Sementara itu, penduduk di sana berharap pihak berkuasa mengambil satu langkah bagi menangani isu ini kerana ancaman hakisan tersebut semakin memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Nursyuhada Alias, 19, seorang lagi waris berkata, kubur arwah neneknya, Puteh Omar sememangnya terletak di tepi pantai dan sangat berisiko untuk runtuh akibat hakisan tersebut.

Jadi kami sekeluarga berharap agar pihak berkuasa mengambil satu langkah bagi menangani isu ini supaya tidak berlaku lagi insiden yang sama.

tanah terhakis, kubur pindah semula

Difahamkan, terdapat lapan kubur akan dialihkan dan kesemua jenazah tersebut sudah tidak sempurna kecuali dua jenazah yang masih ada tengkorak.

Menurut Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun, proses tersebut perlu dilakukan kerana risiko lebih banyak kubur hanyut akibat hakisan disebabkan Monsun Timur Laut yang melanda Terengganu ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 months ago

Pelajar Tahfiz Meninggal Dunia Hari Jumaat, Kubur Bau Wangi 40 Hari - "Penggali Cakap Wajah Dia Berseri-Seri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...