December 29th, 2016

Penyanyi lagenda, Tan Sri SM Salim dilaporkan sedang nazak akibat sakit tua. Menurut anaknya, Shamsul Salim , bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi semalam dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kira-kira jam 3 pagi  ayah menunjukkan tanda-tanda sukar bernafas. Kami memberi alat bantuan pernafasan. Sekarang alat bantuan sudah dibuka dan ayah bernafas secara normal,

Semua ahli keluarga sudah dipanggil pulang. Doktor memang tak boleh buat apa-apa sebab ayah sudah terlalu uzur.  Kami sekeluarga hanya berserah kepada Allah.

Terbaru,  SM Salim dikatakan sudah membukakan matanya kira-kira jam 8 malam tadi sebelum kembali tidur.

Rakan artis sudah mula menziarahi beliau di kediaman anaknya yang terletak di Ukay Perdana. Antara teman artis yang menziarahi SM Salim sehingga jam 1 pagi tadi adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Acis, Datuk A Rahman Hassan, Datuk Ramli MS dan Fauziah Nawi.

Kami harap agar ahli keluarga Tan Sri SM Salim bertabah dengan ujian ini.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...