Tan Sri Musa Aman Bebas Daripada 46 Pertuduhan Rasuah

Trending

Tan Sri Musa Aman Bebas Daripada 46 Pertuduhan Rasuah

Hari ini Mahkamah Tinggi telah membebaskan Tan Sri Musa Aman daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah. Bekas Ketua Menteri Sabah itu bebas daripada segala pertuduhan selepas pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Azhar Abdul Hamid, mengenai penarikan pertuduhan itu. Hari ini juga sepatutnya dijadualkan bagi pengurusan kes.

Advertisement

Tan Sri Musa yang diwakili peguam Francis Ng Aik Guan  kemudian memohon mahkamah untuk melepas dan membebaskan anak guamnya bagi mengelakkan daripada tuduhan tergantung.

Hakim juga membatalkan dua permohonan daripada pihak pembelaan iaitu untuk membatalkan tuduhan dan permohonan bagi mencabar keperlembagaan Seksyen 82(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bekas Ketua Menteri Sabah itu sebelum ini menghadapi 30 pertuduhan sebagai merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri, suapan daripada lapan pemilik konsesi balak berjumlah AS$50.1 juta.

Wang suapan itu sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal tertuduh, iaitu memberi kontrak konsesi balak Sabah kepada 16 syarikat.

musa aman

Di antara 20 Disember 2004 hingga 6 November 2008, perbuatan itu didakwa dilakukan di lapan buah bank serta institusi kewangan di Hong Kong, China dan Singapura. Semua pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Selain itu, beliau turut menghadapi 16 pertuduhan membabitkan dirinya dalam aktiviti pengubahan wang haram bernilai lebih AS$37.8 juta dan S$2.5 juta. Di dalam pertuduhan pertama, beliau didakwa melibatkan diri secara tidak langsung dalam transaksi pengubahan wang haram.

Iaitu dengan mengarahkan Richard Christopher Barnes, 67, untuk membuka satu akaun di UBS AG atas nama lelaki itu bagi tujuan menerima hasil aktiviti haram. Tertuduh juga berdepan pertuduhan alternatif, iaitu menyembunyikan pemilikan hasil aktiviti haram berkenaan.

Pertuduhan kedua sehingga sembilan dan 11 hingga 15, beliau didakwa juga terlibat dalam pengubahan wang haram dengan menerima AS$37,845,491.60. Wang itu diterima daripada beberapa individu melalui akaun atas nama Barnes yang jumlah itu adalah daripada hasil aktiviti haram tertuduh. Pertuduhan ke-10 pula, Musa didakwa menerima S$2.5 juta atas sebab sama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...