Tan Sri Muhyiddin Yassin Mulakan Tugas Sebagai Perdana Menteri Ke-8 Hari Ini

Trending

Tan Sri Muhyiddin Yassin Mulakan Tugas Sebagai Perdana Menteri Ke-8 Hari Ini

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke 8 di hadapan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hari ini, beliau memulakan tugasnya sebagai Perdana Menteri secara rasmi pada jam 8.00 pagi sebentar tadi.

Baca: Tan Sri Muhyiddin Yassin Selesai Angkat Sumpah, Rasmi Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Advertisement

Sebaik tiba di Perdana Putra, beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan kemudian dibawa ke pejabat menempatkan Perdana Menteri. Sebelum memasuki pejabat, beliau dilihat mengimbas kad perakam pada pengimbas dan mengaminkan bacaan doa yang dibaca.

Pada hari pertama bertugas, beliau dijadualkan mempunyai temu janji bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-8 pada 29 Februari lalu sekaligus menjawab desas desus mengenai siapakah yang bakal menjawat jawatan itu. Sebelum ini, ramai yang berpendapat jawatan itu bakal dipegang semula oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berdasarkan desas desus dalam kalangan masyarakat.

Baca: Dapat Sokongan Majoriti Pakatan Harapan, Dr Mahathir Sedia Jadi Perdana Menteri Ke-8

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...