Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 8

Trending

Tan Sri Muhyiddin Yassin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke 8

Segala persoalan dan kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari lalu nampaknya sudah berakhir apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,  sebagai Perdana Menteri kelapan. Satu keputusan yang agak mengejutkan juga.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi.

Advertisement

Muhyiddin Yassin PM ke 8 Muhyiddin Yassin perdana menteri ke 8

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan berlangsung esok pada jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan lagi kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...