Tan Sri Muhyiddin Selesai Angkat Sumpah, Rasmi Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Trending

Tan Sri Muhyiddin Selesai Angkat Sumpah, Rasmi Perdana Menteri Malaysia Ke-8

Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini setelah seminggu negara berada dalam krisis politik bagi menentukan kerajaan yang memerintah setelah Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad, meletakkan jawatan pada 24 Februari.

Advertisement

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini kira-kira 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – amazingnara.com via BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.