Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tan Sri Michelle Yeoh Bakal Berkahwin Dengan Jean Todt Hujung Tahun Ini

Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan tunangnya iaitu Jean Todt yang merupakan Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). Dijangkakan mereka berdua bakal bergelar suami isteri pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Michelle Yeoh. Pastinya perkahwinan mereka berdua akan berlangsung dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.
michelle yeoh kahwinMichelle Yeoh dan Jean Todt telah pun mengikat tali pertunangan sejak tahun 2005. Lokasi perkahwinan belum lagi disahkan, namun dikhabarkan Michelle Yeoh turut sama akan mengadakan majlis di Malaysia dan Hong Kong. Sebelum ini Michelle Yeoh telah menangguhkan perkahwinannya kerana pemergian ayah tercinta pada tahun lalu.michelle yeoh kahwin

Semoga segala persiapan berjalan lancar hendaknya. Sekali lagi tahniah diucapkan atas berita gembira ini.

Advertisement

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top