Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh akhirnya mengumumkan bakal berkahwin dengan tunangnya iaitu Jean Todt yang merupakan Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). Dijangkakan mereka berdua bakal bergelar suami isteri pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Jutaan tahniah diucapkan kepada Michelle Yeoh. Pastinya perkahwinan mereka berdua akan berlangsung dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.
Michelle Yeoh dan Jean Todt telah pun mengikat tali pertunangan sejak tahun 2005. Lokasi perkahwinan belum lagi disahkan, namun dikhabarkan Michelle Yeoh turut sama akan mengadakan majlis di Malaysia dan Hong Kong. Sebelum ini Michelle Yeoh telah menangguhkan perkahwinannya kerana pemergian ayah tercinta pada tahun lalu.
Semoga segala persiapan berjalan lancar hendaknya. Sekali lagi tahniah diucapkan atas berita gembira ini.