Tampil Sisi Berbeza, Zizi Kirana Kini Menyanyi Lagu Berunsur Keislaman Bersama UNIC

Hiburan

Tampil Sisi Berbeza, Zizi Kirana Kini Menyanyi Lagu Berunsur Keislaman Bersama UNIC

Meskipun lebih dikenali dengan imej seksi dan gaya nyanyian rap, Zizi Kirana nampaknya telah berani tampil dengan sisi berbeza apabila dia telah melancarkan lagu berkonsep selawat Qamarun pada hari Jumaat yang lalu.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Zizi merupakan seorang penyanyi nasyid ketika di bangku sekolah dan pernah menjuarai pertandingan Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan suatu ketika dahulu.

Advertisement

Jadi tidak hairanlah ramai yang memuji suara dan cara Zizi mengalunkan selawat dan Qasidah kerana sebutan bahasa arabnya yang cemerlang dan bagus.

Zizi yang ditemui media menjelaskan bahawa kolaborasi bersama kumpulan nasyid UNIC itu telah memberinya pengalaman baru dan turut berkata bahawa cintanya terhadap qasidah dan selawat tidak pernah hilang dalam diri.

“Apabila saya perdengarkan nyanyian dalam selawat ini, Ustaz Fakhrul dan Bazli daripada kumpulan UNIC tidak menyangka saya boleh sebut dengan betul. Mereka bertanya sama ada saya pernah terbabit dalam mana-mana kumpulan marhaban. Memandangkan ketika itu sambutan Maulidur Rasul sudah hampir, saya mesej Ustaz Fakhrul dan bertanya mengenai selawat. Saya minta dia dengar dan betulkan sebutan saya. Dia balas sebutan saya bagus dan betul,”

Menurut Zizi lagi, meskipun dia popular menerusi lagu bergenre rap seperti lagu EH!, idea untuk merakamkan single selawat Qomarun atau Purnama itu tercetus dan turut menampilkan kumpulan UNIC.

View this post on Instagram

Jas apa yang bikin hangat? Jas be mine..?? • • • #EHZiziKirana #MPVRamadhan #ShootingDay #KesayanganSia #NakKeTakNak

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana) on

Dia turut bersyukur kerana mendapat peluang berkolaborasi dan berasa kagum kerana anggota kumpulan nasyid itu tidak pernah menilai siapa dirinya.

Difahamkan projek single yang dirancang pada saat akhir itu siap sepenuhnya hanya dalam tempoh dua hari dan boleh didengari menerusi saluran Youtube bertajuk Zizi Kirana X UNIC – PURNAMA.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...