Tampil Seksi Di Depan Al-Quran, Reen Rahim Mohon Maaf

Hiburan

Tampil Seksi Di Depan Al-Quran, Reen Rahim Mohon Maaf

Dramatis wanita, Reen Rahim tampil membuat permohonan maaf secara umum di atas keterlanjuran dirinya berpakaian seksi di mana telah menampakkan bahu dan belakang badan ketika mahu mengaji naskah Al-Quran bersama ibunya.

Reen RahimSumber : Instagram Reen Rahim  

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim,33, tampil memohon maaf menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Difahamkan, kesilapan itu disedari Reen setelah bapa saudaranya sendiri tampil menegur perlakuan tersebut. pelakon filem Rempit Sampai Langit ini juga telah menunjukkan tangkap layar teguran bapa saudara serta ibunya itu menerusi hantaran Instagram terbabit.

View this post on Instagram

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Teguran mendidik apa salahnya kita ikut. Sebab teguran yang sama ada dekat hati ibu. Cumanya ibu nak beritahu petang-petang sikit. Jangan sebab kesilapan sedikit yang kau terlepas pandang tu, dapat kemurkaan Allah. Please cut (tolong sunting) gambar itu, sebab depan Al-Quran dan wajib jaga adab.”

Reen yang kemudiannya ditemui media setelah foto itu menjadi tular mengakui kesilapan dan patut lebih sensitif sebelum memuat naik video tersebut ke dalam Youtube dan Facebook yang dibuat khas untuk tatapan peminat.

View this post on Instagram

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Tak sampai setengah jam saya muat naik dalam media sosial, ramai yang DM (Direct Message) mengatakan saya biadap dan tidak peka. Isunya disebabkan ada Al-Quran di sisi dan pada masa itu ibu sedang mengaji.”

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu kemudiannya membuat permohonan maaf di atas kekhilafan dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...