Tampil Penuh Sopan, Wany Hasrita Dedah 100 Meter Kain Digunakan Untuk Hasilkan Busananya

Hiburan

Tampil Penuh Sopan, Wany Hasrita Dedah 100 Meter Kain Digunakan Untuk Hasilkan Busananya

Tampil penuh sopan di Anugerah Bintang Paling Popular ke-33 (ABPBH33) pada Jumaat lalu, penyanyi popular tanah air, Wang Hasrita mendedahkan pereka fesyen Wan And Mary menggunakan kain sepanjang 100 meter untuk menghasilkan gaun yang dilaramnya pada anugerah berkenaan.

Advertisement

Katanya, kain itu digunakan hanya untuk skirt berwarna unggu itu sahaja.

“Fakta menarik: Wan And Mary menggunakan kira-kira 100 meter kain untuk menyiapkan skirt ini.”

Menerusi entri terbabit, posting tersebut dibanjiri komen positif kerana ramai yang beranggapan bahawa penampilan Wany tampak sopan dan penuh elegan.

Bahkan, gaya tudung menutup dada yang dipakai Wany pada malam itu turut dipuji netizen kerana bijak menjaga imejnya sebagai wanita muslimah.

Malah pereka berkenaan juga seakan tidak menolak bahawa baju yang digayakan Wany pada malam itu adalah bertemakan Sweet Muslimah Barbie Doll.

“Penyanyi Wanita Paling Popular ABPBH33 @wanyhasrita di dalam persalinan customade pastel pink and purple by @wan_and_mary bertemakan “Sweet Muslimah Barbie Doll.”

Untuk rekod, Wany yang mencipta nama menerusi lagu hit Menahan Rindu pada tahun 2016 itu telah berjaya merangkul gelaran Penyanyi Wanita Popular ABPBH Ke-33 pada malam tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...