Tampil Mohon Maaf, Ibu Neelofa Mengaku Terlepas Cakap Isu ‘Trademark’ Daging Harimau Menangis

Hiburan

Tampil Mohon Maaf, Ibu Neelofa Mengaku Terlepas Cakap Isu ‘Trademark’ Daging Harimau Menangis

Kecoh betul dua tiga hari ini di media sosial apabila ibu kepada pengacara Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendakwa dia telah mendaftar nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ sebagai hak ekslusif perniagaannya dan ianya telah menimbulkan perasaan kurang senang buat segelintir netizen di Twitter.

Noor Kartini Daging Harimau MenangisSumber : Google  

Tidak mahu perkara tersebut berlarutan, Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise tampil menjelaskan bahawa permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘Harimau Menangis’ namun hanyalah pada rekaan logo tulisan perkataan itu.

Advertisement

Menerusi kenyataan syarikat tersebut, mereka telah mendaftar rekaan ejaan untuk produk itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya produk tiruan.

Permohonan Maaf Noor KartiniSumber : Instagram Noor Kartini  

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa permohonan tersebut adalah bersifat untuk melindungi penggayaan, susur atur grafik, kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produk. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada jenama pihak kami dan pengguna di luar sana.”

Sebelum ini tular sebuah foto yang memaparkan Kartini telah memohon pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘Harimau Menangis’.

Malah kecoh juga di media sosial apabila ibu kepada selebriti terkenal itu telah mendakwa nama ‘Harimau Menangis’ itu sudah menjadi hak milik syarikatnya dan turut meminta peniaga produk yang sama agar menggunakan nama yang lain selain itu.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan harimau menangis.” katanya dalam video yang tular tersebut.

Oleh disebabkan itu, pihak syarikat Noor Kartini telah tampil memohon maaf atas kesilapan kata-kata yang digunakan dalam kandungan video yang tular di media sosial beberapa hari lepas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Noor Kartini

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...