Dikecam teruk atas keterlanjurannya dalam bergurau sehingga dianggap ‘body shaming’ Sherry Al Hadad, Ayda Jebat tampil memohon maaf atas tindakannya itu kerana tidak mahu ada pihak terus terasa hati dengan tindakannya itu.
Dalam pada itu, Ayda menjelaskan dialog perbualan antara beliau dan Sherry itu sebenarnya sudah dirancang. Tidak pernah beliau berniat untuk menghina sesiapa.
Saya terima kecaman itu dengan rasa tanggungjawab sebab saya yang melafazakan dialog tersebut. Sebenarnya, saya dan Sherry sudah berbincang mengenai perkara terbabit lebih awal sebelum program itu berlangsung.
Ketika bersiaran, saya rasa semua orang tahu, perkara yang sudah kita rancang itu akan jadi terlebih atau terkurang. Tetapi, jika ada yang terasa hati atau terguris dengan kata-kata saya, dengan rendah hati saya memohon maaf. Sejujurnya, saya tidak pernah terdetik, malah jauh sekali berniat mahu menghina sesiapa.
Ayda menerima segala komen dengan hati terbuka dan menjadikan ia satu pengajaran untuk memperbaiki dirinya.
Baguslah kalau Ayda sudah menjelaskan perkara sebenar dan dengan rendah hati memohon maaf. Harapnya isu ini tidak lagi berpanjangan.