Tampil Menawan Dengan Lip Matte Terbaik Korea BNB (barenbliss). Warna Fresh & Bibir Kekal Lembap!

Branded

Tampil Menawan Dengan Lip Matte Terbaik Korea BNB (barenbliss). Warna Fresh & Bibir Kekal Lembap!

“Kau tengok tak lip matte yang artis Kpop tu pakai, cantik gila warna dia”

Produk kecantikan dari negara Korea Selatan sering mendapat perhatian. Manakan tidak, rata-rata produk tersebut digunakan oleh artis kpop yang menjadi idola anak muda. Namun bukan itu saja, faktor utama yang menjadikan produk dari Korea digilai ramai kerana produk yang dihasilkan berkualiti tinggi serta menggunakan bahan mesra pengguna. 

Salah satu produk kecantikan yang berjaya menarik perhatian BeautifulNara ialah jenama BNB (barenbliss).

Kalau anda nak tau, produk ni telah pun berada di pasaran Korea sejak tahun yang lalu. Walaupun masih baru di pasaran jenama ini telah memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa. Wow!

BNB merupakan produk kecantikan hasil kerjasam jurusolek terkenal Korea yang berpengalaman menata rias ramai selebriti popular. No wonderlah produk ni nampah fresh dan warnanya pun menarik tau!

Lip Matte BNB (barenbliss), Warna Trendy Dengan Bau Menggoda

BNB (barenbliss)

Baru-baru ni, BeautifulNara diberi peluang untuk menggunakan sendiri produk BNB ni. Kami telah diberi 3 warna bestseller iaitu Berry Set (01), Maple Mingle (04) dan Chapter Nude (06).

Perkara pertama yang buat kami tertarik ialah packagingnya yang minimalis berbentuk segitiga dengan penggunaan warna soft pink. Di bahagian tengahnya pula lut sinat membolehkan pengguna untuk memilih warna lip matte diingini.

Lip matte BNB ni juga turut mempunyai bau semula jadi iaitu bau buah beri yang sangat menenangkan. So, baunya manis-manis je. 

Dari segi tekstur pula, kami sangat suka tekstur silky-matte nya kerana berjaya buatkan bibir nampak penuh dan paling penting tak kering tau. Lepas tu, rasanya juga ringan je bila dipakai dan tiada rasa melekit pun seperti kebanyakkan lip matte yang lain. 

3 warna WAJIB dimiliki semua wanita!

BNB (barenbliss)

Macam kami beritahu tadi, tiga warna yang kami dapat merupakan best seller untuk lip matte BNB (barenbliss) ni. Lepas mencubanya sendiri, kami secara peribadi terus jatuh cinta, kerana bagi kami ketiga-tiga warna ini sesuai dengan semua jenis kulit mengikut penggunaan anda.

BNB (barenbliss)

Jika nak tampil seksi anda boleh memilih kod 01 (Berry Set), untuk penampilan harian yang segar dan bergaya anda boleh menggunakan kod 04 (Maple Mingle) atau 06 (Chapter Nude). Malah ramai yang puji warna lip matte yang digunakan nampak cantik. Siap tanya beli dekat mana!

BNB (barenbliss) Tanpa Bahan Berbahaya

BNB (barenbliss)

Kalau anda nak tau, bahan utama lip matte BNB ni ialah Macademia Organic Oil yang kaya dengan Omega 3 untuk memberikan kelembapan, Vitamin E dan Hyaluronic Acid bagi membantu bibir tampak mungil dan lembap sehingga 24 jam.

BNB (barenbliss) ini juga bebas daripada bahan yang membahayakan seperti paraben, mineral oil,  phthalates, alkohol dan BHA/BHT. Kira memang selamat untuk digunakanlah!

Jadi kalau anda menggunakan lip matte ni, anda tak perlu risau kalau bibir kering kerana BNB (barenbliss) bukan saja menaikkan seri wajah malah membantu bibir kekal lembap sepanjang penggunaan.

Tampil cantik & segar bagai artis Kpop dengan BNB!

Selain lip matte yang fresh dan cantik ni, BNB (barenbliss) turut mempunyai rangkaian produk kecantikan lain seperti eyeshadow, blusher, eyeliner, micellar water, highlight dan banyak lagi  yang anda boleh cuba.

Nak cantik macam artis Kpop dan menggunakan produk kecantikan yang menang anugerah antarabangsa? Bertukarlah ke produk barenbliss. Selepas berjaya menawan pasaran indonesia, anda boleh dapatkan jenama ni secara eksklusif di laman Shopee atau nak mudah KLIK DI SINI.

Info lanjut layari Youtube, Facebook, Instagram dan  TikTok barenbliss Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...