Tampil Memakai Busana Kahwin Serba Putih: Nora Danish Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi?

Hiburan

Tampil Memakai  Busana Kahwin Serba Putih:  Nora Danish Bakal Berkahwin Tidak Lama Lagi?

Sekitar minggu lepas, Nora Danish ada meluahkan hasratnya untuk berkahwin agar tidak lagi menjadi mangsa kontroversi dan antara lelaki yang beliau rasa sesuai tentu sekali  Nedim Nazri.

Kecoh juga lah cerita Nora hendak tamatkan zaman solonya lebih-lebih lagi selepas pereka fesyen, Ashraff Zainal memuat naik beberapa foto Nora menggayakan busana perkahwinan dengan kapsyen yang penuh tanda tanya.

Advertisement

Ada juga sumber mengatakan, Nora sememangnya bakal bergelar isteri tidak lama lagi.

Melihat foto-foto Nora yang cukup anggun dalam busana pengantin serba putih dan cantik, ada peminat yang sudah mengucapkan tahniah.

Rasanya macam ramai dah boleh agak siapa yang akan menjadi suami Nora bukan? Hehe..Tunggu sahajalah pengumuman perkahwinan dibuat oleh Nora sendiri.

Sumber Berita: Instagram Ashraff Zainal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.