Fuh, menjelang Lebaran ni, banyak pula promosi-promosi yang best kan? Sampai dah tak tahu nak beli apa sebab semua ada diskaun!
Daripada anda pening kepala fikir nak beli apa, meh sini kami kongsi salah satu promosi yang berbaloi dan rugi kalau anda tak rebut daripada Watsons!
Psst, siap boleh menang baucar tunai Poplook tau. Mana lah tahu anda boleh beli lagi sepasang dua baju raya.
Kulit Bersih, Make Up On Point, Wangi Pula Tu, Macam Ni Barulah Confident Nak Beraya!
Perkara yang boleh merosakkan mood apabila nak sambut Hari Raya ni antaranya adalah kulit tiba-tiba tumbuh jerawat, solekan tak kena dan bau badan kuat lepas beraya beberapa rumah. Fuhh, memang hilang terus confident nak jumpa orang betul tak?
Kalau anda pernah mengalami salah satu daripada situasi ni, jangan risau, Watsons faham sangat keperluan anda menjelang Lebaran ni dan mereka nak bagi diskaun potongan harga untuk set kecantikan alia, khas untuk anda!
Bukan setakat itu saja tau, kalau anda berbelanja paling tinggi semasa tempoh promosi daripada 14 Mac hingga 22 April, 50 pembelanja terbanyak (ahli Watsons) dengan pembelian produk alia akan memenangi baucar tunai fesyen RM200 daripada Poplook! Seriuslah?!
Kalau anda nak tahu apakah antara produk set kecantikan alia yang ada promosi, jom kami kongsikan!
1. alia Retinol Anti-Ageing Youth Firming Ess Toner
Untuk anda yang mengalami masalah kulit dehidrasi atau berminyak, pemilihan toner adalah sangat penting. Sebab itu kami cadangkan anda untuk guna alia Retinol Anti-Ageing Youth Firming Essence Toner!
Dengan toner ini, ia bukan saja dapat mengimbangi dan meratakan tona kulit, malah dapat mencergaskan kulit dengan mengeluarkan minyak yang berlebihan.
Paling best, dengan adanya kandungan Pentavitin, ia dapat membantu untuk melembap, memulih dan melindungi kulit anda daripada dehidrasi. Barulah kulit bertambah lembut dan licin!
2. alia Vitamin C Radiant Facial Serum
Kalau anda mengalami masalah kulit kusam, semestinya anda memerlukan Vitamin C yang cukup untuk kulit. Jadi, untuk dapatkannya, anda perlu guna alia Vitamin C Radiant Facial Serum sebab ia mengandungi 100x Vitamin C tau!
Selain dapat memberikan kesan pencerahan yang baik, serum ini juga dapat melindungi dan menghidrat kulit serta melawan tanda penuaan agar kulit anda kekal berseri dan tampak lebih muda.
Menariknya, serum ini mengandungi bahan baik seperti Habbatus Sauda, digabungkan pula dengan kompleks Radiant+ serta Korean Hardy Orange, Et-VC dan Vitamin B3 yang dapat memberikan kesan pencerahan dan anti-penuaan yang sempurna.
Serum ini juga mampu membuatkan kulit anda tegang, gebu serta kekal terhidrat dengan adanya bahan seperti Vitamin E dan Asid Amino. Baguskan bahan-bahan yang ada ni!
3. alia J’amu V
Kita selalu dengar ayat “kecantikan bermula dari dalaman” betul tak? Jadi, setiap apa yang kita makan itu adalah salah satu penyumbang besar untuk kecantikan diri kita.
Sebab itulah anda perlu amalkan pemakanan alia J’amu V sebab ia bukan saja dapat memberikan kesegaran luar dan dalam badan anda, malah ia menawarkan pelbagai manfaat khusus wanita.
Antara bahan-bahan yang ada dalam alia J’amu V ni adalah Inulin Prebiotik yang membantu mengekalkan mikrobiom baik, buah OmegiaTM Seabuckthorn, Kayu Serapat, Manjakani, Kacip Fatimah, jus delima dan epal hijau. Baguskan bahan-bahan ni!
Psst, minuman ini rendah kalori serta mempunyai kemanisan madu dan sedikit strawberi yang dapat menggalakkan rasa kesegaran serta membantu menyokong gaya hidup yang seimbang.
Agak-agak kalau anda perlu beraya ke banyak rumah di negeri yang berbeza, jangan risau, bawa saja alia J’amu V ni kemana-mana sebab ia dalam bentuk sachet!
4. alia Whiten’N Colla-Gen
Bukan Hari Raya lah kalau kita tak beraya ke rumah sanak saudara betul tak? Banyak benda nak diceritakan sebab dah lama tak jumpa, sanak saudara pula semua duduk jauh, pastinya anda akan merasa sangat penat dan lesu.
Jadi, untuk kekal bertenanga sepanjang beraya ni, anda perlu amalkan minum alia Whiten’N Colla-Gen sebab ia sangat membantu dalam memberikan kesegaran yang baik untuk badan tau.
Menariknya, minuman ini bebas lemak dan dirumus dengan L-Glutamine serta Vitamin C yang dapat membantu menyegarkan badan anda.
Jadi, sebelum mula pergi beraya tu, minum secawan alia Whiten’N Colla-Gen okay?!
5. alia Colour Lip Balm (Peach)
Dah kalau beraya banyak rumah, mestilah banyak juga berborak sampai kering bibir kan? Selain minum banyak air, anda juga perlu memakai lip balm yang betul, barulah bibir terhidrat.
Untuk pastikan bibir sentiasa terhidrat, kami cadangkan anda guna alia Colour Lip Balm Peach sebab ia mengandungi bahan-bahan yang bagus untuk bibir seperti Habbatus Sauda, Korean Cromwell dan Vitamin E yang dapat menghidrat dan melindungi bibir anda sehingga 12 jam.
Selain itu, ia turut mengandungi bahan seperti Jojoba Oil dan Shea Butter yang dapat membantu menyihatkan bibir serta mengelakkan daripada mengelupas.
Psst, ia hadir dengan beberapa jenis lip balm tau, jadi anda pilihlah rona mana yang sesuai dengan bibir anda!
6. alia Brightening 2 Way Cake (Natural)
Kalau anda plan nak bersolek ala natural di pagi raya, anda memang kena dapatkan alia Brightening 2 Way Cake (Natural) sebab bukan saja mudah untuk dipakai, malah ia dapat berikan kesan yang lebih semula jadi pada kulit anda.
Apa yang best dengan alia Brightening 2 Way Cake (Natural) ni ia mempunyai bahan baik seperti Habbatus Sauda serta bahan-bahan bersumberkan Korea yang dapat memberikan look yang lebih lembut dan berseri.
7. alia No Sebum Mineral Powder
Biasalah kalau beraya ni, tak sah kalau tak panas betul tak? Kadang-kadang make up tu dah on point, tapi cair sebab peluh.
Jangan risau, anda boleh touch up semula solekan anda dengan alia No Sebum Mineral Powder, confirm solekan jadi on point balik!
Sama seperti alia Brightening 2 Way Cake (Natural), ia mengandungi bahan baik seperti Habbatus Sauda serta bahan-bahan bersumberkan Korea untuk solekan yang kekal berpanjangan.
8. alia Fruity Floral Scented Body Mist (Euphoria)
Benda wajib ada bila nak beraya adalah minyak wangi sebab kita nak beraya banyak rumah, semestinya akan berpeluh dan berbau betul tak?
Jadi, untuk pastikan anda kekal wangi sepanjang hari, anda kena pakai alia Fruity Floral Scented Body Mist (Euphoria).
Dah lah mempunyai haruman buah-buahan yang menyegarkan, body mist ini juga mempunyai bahan seperti Habbatus Sauda dan Ekstrak Teh Hijau Jeju untuk pasti wangian perpanjangan tau.
Paling penting, body mist ni bebas alkohol tau, jadi anda tak perlu risau kalau nak bawa pergi solat okay?
9. alia Fruity Scented Roll On Perfume Paradise
Kalau anda rasa nak bawa alia Fruity Floral Scented Body Mist (Euphoria) tu macam memenuhkan lagi beg tangan anda, apa kata anda dapatkan alia Fruity Scented Roll On Perfume Paradise.
Bukan saja kecil dan mudah di bawa ke mana saja, secalit daripada minyak wangi ini pun dah boleh buat orang sekeliling terpukau tau. Betapa wanginya haruman alia Fruity Scented Roll On Perfume Paradise.
Sama seperti alia Fruity Floral Scented Body Mist (Euphoria) atau mana-mana wangian daripada alia, minyak wangi roll on ini mengandungi Habbatus Sauda serta Ekstrak Teh Hijau Jeju yang akan mengekalkan haruman berpanjangan.
Paling penting, ia juga bebas alkohol. Jadi, senanglah nanti kalau nak wangi-wangi ketika solat, boleh calit alia Fruity Scented Roll On Perfume Paradise pada tangan.
Meriahkan Lagi Sambutan Raya Dengan Promosi Watsons!
Fuhh, banyakkan promosi dan potongan untuk produk set kecantikan alia ni? Hanya dekat Watsons saja tau anda boleh nikmati semua promosi ini!
Apa? Nak promosi daripada Watsons lagi? Kalau nak, layari laman web rasmi Watsons sekarang atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk maklumat lebih lanjut.