Tampil Dengan Imej Berhijab, Ezlynn Akui Kekok Beraksi Di Pentas Sambil Bertudung

Hiburan

Tampil Dengan Imej Berhijab, Ezlynn Akui Kekok Beraksi Di Pentas Sambil Bertudung

Mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, Ezlynn mengakui berasa sedikit janggal apabila kali pertama beraksi di pentas nyanyian sambil mengenakan tudung.

Meskipun begitu, Ezlynn berkata persembahan pertama kali dengan imej berhijab itu dapat dilaksanakannya dengan lancar dan dia turut bersyukur kerana dapat mengawal perasaan kekok itu.

Advertisement

Menerusi laman instagram, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah memuat naik beberapa keping foto sekitar persembahan khas untuk petugas barisan hadapan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru-baru ini.

 Dia yang telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas ramadhan tahun ini turut menerima sokongan orang ramai yang rata-rata memuji penampilan terbarunya itu.

Menurutnya lagi, sudah tiga tahun dia cuba memakai tudung secara berterusan di bulan ramadhan pada tahun – tahun sebelum ini.

“Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya Dia telah tetapkan. Doakan saya terus istiqamah. Insya-Allah.. saya berhijrah kerana Allah dan tuntutan agama,”

Ezlynn juga bersyukur kerana dirinya telah dipermudahkan urusan untuk mula berhijab dan dia juga turut meminta peminat di luar sana supaya mendoakan dirinya untuk terus istiqamah dalam penghijrahan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...