Tampil Dengan Imej Baru, Netizen Persoal Gaya Pemakaian Tudung Penyanyi Masya Masyitah

Hiburan

Tampil Dengan Imej Baru, Netizen Persoal Gaya Pemakaian Tudung Penyanyi Masya Masyitah

Penyanyi Masya Mashitah yang baru-baru ini ada memuat naik satu rakaman video dan foto menunjukkan dia telah tampil dengan imej baru telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Menurut peminat, mereka berasa keliru kerana imej Masya seperti tidak berhijab apabila dia menggayakan ‘snow cap’ dan menampakkan seperti rambut terjurai.

Advertisement

Masya dilihat telah sedang menari TikTok bersama dua orang rakannya menerusi akaun Instagramnya.

View this post on Instagram

Abang Jagoo! Ampun Bang Jago!?? #abangjagodance #abangjago #rocketfuelent

A post shared by ?? Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

Peminat yang mengikuti entri berkenaan telah tampil memberikan nasihat kepada Masya supaya menutup aurat dengan betul kerana statusnya sebagai ‘public figure’ dan seorang artis kini.

Namun, penyanyi lagu Halimunan ini tidak berdiam diri dan tampil memberi penjelasan kepada persoalan yang diajukan kepada peminat.

Sekadar info, Masya Masyitah merupakan artis keluaran Ceria Popstar musim kedua di bawah bimbingan Hazama pada tahun 2014 yang lalu dan kini terkenal dengan lagu Halimunan dan terbaharu, Hapus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...