Selepas mewarnai industri hiburan tanah air dengan lakonan yang ditonjolkan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, kini nama anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mula meraih perhatian netizen.
Biarpun gaya dan fesyennya acap kali menimbulkan rasa kurang senang netizen serta sering dikecam kerana ‘dimewahkan’ oleh ibunya dalam kehidupan seharian, namun Cik B khabarnya masih tetap merendah diri.
Terbaru, Cik B tampil memuat naik sebuah video di laman Twitter yang menampilkan dirinya sedang menjalani ‘photoshoot’ atas urusan kerja.
oh yeahh pic.twitter.com/UcdIobbqgV
— cikb havoc (@HavocCikb) November 17, 2020
Bagaimanapun, gaya rambut keriting sambil ‘berposing’ di hadapan kamera itu disaji Cik B dalam posting tersebut seakan mendapat pujian ramai kerana beliau dikatakan tampak anggun dan cantik persis model antarabangsa.
Bahkan, ada juga yang hampir tidak mengenali siapkah gerangan gadis tersebut kerana benar-benar kelihatan lebih matang dan mempersonakan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan rasa teruja dan memuji penampilan tersebut.
Malah ada juga yang terpegun dan turut menitip kata-kata positif agar Cik B terus maju dalam kehidupannya selepas ini.