Pelakon dan pengarah, Erma Fatima dilihat tampil ceria menyambut hari jadi anak angkatnya yang bernama Citra yang kini berusia 19 tahun.
Namun, yang menarik perhatiannya adalah sambutan itu turut diraikan bersama dua orang anak bekas suaminya iaitu Bade Azmi yang turut hadir bersama dalam majlis itu.
Bade Azmi yang kini mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan isteri yang dikenali sebagai Aida itu turut hadir bagi memeriahkan majlis.
Perkara itu dikongsikan kakak kepada Datin Paduka Umie Aida itu menerusi laman Instagramnnya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Hari menebus hutang birthday anak-anak. Happy Belated Birthday @cintacitrasofea, Jihad dan Jaheera”
Meninjau ruangan komen, peminat serta pengikut Instagram Erma tampil mengucapkan doa selamat buat anak-anak yang menyambut kelahiran mereka pada hari itu.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sekadar info, Erma dan Bade telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun 2017 selepas 27 tahun berkahwin. Mereka berdua turut mempunyai lima anak angkat sepanjang bersama iaitu Syamil Ikhwan,27, Ahmad Arir,25,Ahmad Aifin,23, Citra,19 dan Nurain,15.
Bade kemudiannya menikahi Aida selepas tiga tahun menduda dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.