Tampil Bertudung Di Sambutan Hari Jadinya, Elfira Loy Kini Sudah Berhijab?

Hiburan

Tampil Bertudung Di Sambutan Hari Jadinya, Elfira Loy Kini Sudah Berhijab?

Kalau tak silap Abang Nara, esok 8 Mac adalah hari jadi Elfira Loy yang ke 21. Menerusi akaun Instagramnya, sambutan untuk hari jadi ‘sweet 21’ pelakon dan pengacara ini telah pun diadakan hari ini. Yang menariknya penampilan Elfira Loy pada majlis tersebut adalah dengan imej bertudung sekaligus menimbulkan persoalan di benak para peminatnya. Adakah Elfira Loy kini telah berhijrah dan tampil berhijab sepenuhnya?

elfira loy bertudung

Advertisement

Sebelum ini Elfira Loy ada memaklumkan yang dirinya bakal membuat satu pengumuman besar ketika sambutan hari jadinya kelak. Adakah ini pengumuman tersebut? Kalau benar Elfira sudah berhijab, ia adalah satu perubahan yang amat dialu-alukan dan dinanti-nantikan. Memang Elfira tampak lebih manis, jelita dan menawan dengan imej baru ini.

elfira loy bertudung

Sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi daripada Elfira Loy sendiri. Buat masa ini, kita doakan yang terbaik untuk si comel ini. Kalau benar sudah berhijrah, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...