Tampil Berhijab, Penampilan Baru Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub Dipuji Peminat

Hiburan

Tampil Berhijab, Penampilan Baru Isteri Nabil Ahmad, Zira Ayub Dipuji Peminat

Zira Ayub yang merupakan isteri kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad dilihat telah mencuri tumpuan netizen apabila dia baru-baru ini tampil dengan imej bertudung di laman sosial Instagram miliknya.

Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub,32, telah berkongsikan sebuah video aplikasi TikTok yang diambil bersama anak sulungnya, Naira Mikayla untuk tontonan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Dia yang dilihat sedang menari dan membuat mimik muka comel bersama anaknya itu tampil mengenakan tudung berupa selendang berwarna putih.

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Ketika meninjau entrinya sebelum ini, Zira ada memuat naik foto dirinya berhijab sejak beberapa hari yang lalu.

Manakala meninjau ruangan komen, bekas pramugari AirAsia ini telah menerima banyak pujian daripada peminat serta ada yang mendoakan agar wanita ini terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna.

View this post on Instagram

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Mengimbas kembali, Nabil Ahmad dan Zira Ayub telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 yang lalu dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla,8, Layla Medyna,5 dan Mishall Imani yang kini berusia 2 tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Nabil Zira

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...