Pelakon cantik Hannah Delisha nampaknya telah mencetuskan teka-teki dalam kalangan peminat apabila memuat naik foto dirinya mengenakan hijab menerusi ruangan Instagram miliknya.
Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch, 23, turut meletakkan kaspyen ‘Bismillah’ seolah-olah sedang memberi bayangan bakal memulakan fasa baru dalam hidupnya.
Perkongsian di Instagramnya itu telah mendapat hampir 210,000 tanda suka dan ribuan komen dari rakan artis dan peminat yang teruja dengan penampilan barunya itu.
Rata-rata netizen telah mendoakan supaya Hannah terbuka hati untuk mengenakan hijab sepenuhnya dan sentiasa istiqomah dalam menunaikan tuntutan wajib dalam agama Islam itu.
Walau bagaimanapun, Hannah tidak tampil memberikan komen lanjut mengenai perkara itu dan hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.