Suami kepada seorang pelakon ditahan kerana dipercayai menampar anak perempuan dirumahnya semalam. Siapalah agaknya ni?
BACA: Pelakon Niezam Zaidi Boleh Dihukum Penjara 5 Tahun
Menurut laporan Kosmo, polis menerima laporan kejadian berkenaan sebelum lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah.
Hasil siasatan mendapati bahawa pada awalnya, lelaki berkenaan sedang bergaduh dan disyaki dalam keadaan mabuk bersama isterinya yang merupakan seorang pelakon yang diperkatakan itu. Kemudian, anak mereka cuba meleraikan sebelum ditampar suspek.
Suspek telah ditahan reman selama tiga hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Katanya juga, pelakon berkenaan turut memberitahu bahawa suspek merupakan seorang yang panas baran dan juga kaki mabuk.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kes ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
November 4, 2021 at 2:42 pm
Pelakon tu Ava Vanja… laki dia kacukan India-Inggeris… paham2 je la..arak tak tinggal memang la tangan kaki naik kalau bergaduh
jjkbb
November 4, 2021 at 2:24 pm
suami ava vanja
Anonymous
November 4, 2021 at 11:00 am
Aidil laki c fasha tu ke?
Lily.Bwn
November 4, 2021 at 1:38 am
Farid kamil ker
dunno
November 4, 2021 at 9:12 am
bknlah.. farid kamil 40 thun… hmmm sapa erk?