Tampak Bersahaja, Ramai Mahu Ramona Zamzam Kekal Jadi Hos MeleTOP

Hiburan

Tampak Bersahaja, Ramai Mahu Ramona Zamzam Kekal Jadi Hos MeleTOP

Menerima pujian daripada netizen apabila berjaya mengacarakan program MeleTOP dengan caranya yang tersendiri, pelakon jelita Ramona Zamzam khabarnya menerima pelbagai respon positif dari pengikutnya sehingga ada yang mencadangkan aktres itu menjadi hos kekal.

 “Nampak Neutral, Dia Punya Gelak Special” - Ramai Mahu Ramona Zamzam Kekal Jadi Hos MeleTOP

Advertisement

Ragam spontan Ramona bersama Nabil Ahmad sewaktu mengacarakan program itu turt dipahat dalam sebuah posting di akaun Instagram miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya berpendapat bahawa Ramona yang juga ibu kepada seorang cahaya mata itu kelihatan amat bersahaja dan langsung tidak kekok mengendalikan program yang disiarkan secara langsung itu.

Sekadar informasi, MeleTOP disiarkan secara langsung setiap Selasa, jam 9 malam di Astro RIA yang meletakkan Nabil sebagai pengacara tetap bersama hos jemputan yang berlainan setiap minggu selepas keputusan pengacara asal Neelofa memutuskan untuk meninggal program tersebut.

Ramai Mahu Ramona Zamzam Kekal Jadi Hos MeleTOP Ramai Mahu Ramona Zamzam Kekal Jadi Hos MeleTOP Ramai Mahu Ramona Zamzam Kekal Jadi Hos MeleTOP

Sebelum ini, nama-nama besar seperti Elly Mazlein, Sherry Alhadad serta Nora Danish juga merupakan antara selebriti yang sentiasa diundang mengendalikan program tersebut bersama Nabil.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...