Seorang pengguna Twitter, @azfarovski memberitahu dia telah dikenakan tambang berjumlah RM 61 untuk perjalanan dari KLCC ke Mid Valley oleh seorang pemandu teksi.
Tambang tersebut dianggap sangat mahal, kerana jika menggunakan Uber, ia sebenarnya hanya menelan belanja RM 12.
Azfarovski memberitahu pada mulanya dia telah memeriksa kadar tambang Uber dan anggaran harga tambang ialah RM 12, tetapi dia menggunakan teksi kerana tidak menemui pin destinasinya secara terus.

Azfarovski menganggap ia kesalahannya kerana memilih menggunakan teksi, namun tidak menyangka tambang yang dikenakan sehingga berlipat kali ganda jumlahnya.
Seorang pengguna Twitter lain memeriksa tambang Grabcar, dan walaupun pada waktu puncak, Grab hanya mengenakan tambang berjumlah RM 17 untuk perjalanan tersebut.
Ada yang bependapat disebabkan Azfarovski seorang albino, pemandu teksi itu mungkin menyangka dia seorang pelancong lantas mengenakan harga ‘sembelih’ tersebut.
Peristiwa seperti ini menyebabkan lebih ramai orang bersangka buruk terhadap pemandu teksi.
Ia kini dianggap perkhidmatan yang hampir mati kerana sikap pemandu teksi yang suka mengenakan caj melampau dan keengganan mereka untuk menyesuaikan diri dengan tenologi semasa serta kehendak pelanggan.
Jadi bila belaku begini, tidak sepatutnya para pemandu teksi menyalahkan pengguna yang memilih perkhidmatan Grab atau Uber yang lebih mesra pelanggan.- amazingnara.com