Tambang LRT Naik Mencetus Amarah Dikalangan Pengguna

Trending

Tambang LRT Naik Mencetus Amarah Dikalangan Pengguna
Keadaan Di Stesen LRT Putra KLCC

Keadaan Di Stesen LRT Putra KLCC

Tambang LRT dan Monorail dijangka naik tahun hadapan.

Menurut pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang menyemak semula struktur tambang pengangkutan awamnya.

Advertisement

Tambah beliau, tambang LRT tidak pernah dinaikkan sepanjang lebih kurang 10 tahun dan ianya akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Jumlah peningkatan tambang tersebut tidak dapat dianggarkan selaras dengan kenaikan tarif elektrik pada 1 Januari ini.

Menurut laporan portal The Malay Mail Online, tambang bagi perkhidmatan Kereta api Tanah Melayu (KTM) akan turut disemak semula.

Memetik Syed Hamid Albar sebagai berkata kepada portal terbabit, semakan semula itu akan mengambil kira beberapa faktor agar kenaikan terbabit tidak akan membebankan pengguna.

SPAD juga akan memantau kos operasi dan penyelenggaraan yang ditanggung pengusaha perkhidmatan itu termasuk kos komponen.

Pengumuman Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar tentang kenaikan tambang LRT dan Monorail tahun hadapan telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Rata-rata dari mereka kurang berpuas hati dengan cadangan tersebut tambahan pula dengan kenaikkan tarif elektrik, harga barang dan minyak petrol yang berlaku baru-baru ini.

Ini ditambah pula dengan sistem LRT yang tergendala pada kemarin dan menyebabkan para pengguna berkumpul dan membuat aduan dia Stesen LRT Putra KLCC.

Tambang LRT pada waktu ini ialah di antara 70 sen sehingga RM5.90.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...