Tambang Bas Ekspres Mungkin Naik Sehingga 30 Peratus?

Trending

Tambang Bas Ekspres Mungkin Naik Sehingga 30 Peratus?

Rakyat Malaysia hari ini dikejutkan dengan berita dimana Kementerian Pengangkutan kini sedang mempertimbangkan untuk menaikkan kadar tambang bas ekspres antara 10 sehingga 30 peratus.

Advertisement

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, kenaikan itu adalah untuk membantu pemandu dan juga pengendali bas ekspres. Katanya, kali terakhir tambang bas ekspres dinaikkan ialah pada tahun 2009.

Bagaimanapun, rakyat tidak perlu khuatir kerana kerajaan akan memastikan peningkatan harga itu tidak akan membebankan pengguna dan harga yang ditetapkan nanti adalah pada kadar munasabah.

Kenaikan daripada 6.5 sen kepada 8.5 sen sekilometer selain surcaj 0.8 sen sekilometer dikenakan sejak 2015, menjadikan keseluruhan kenaikan adalah 9.3 sen sehingga hari ini.

Kementerian menimbangkan kenaikan tambang yang munasabah bagi membantu pengusaha bas ekspres tanpa membebankan pengguna. Kita akan utarakan syor kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk dipertimbangkan.

Tambah Kamarudin, kenaikan kadar tambang dapat membantu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bas ekspres, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya.

Sumber Berita : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...