“Tambah Perasa Lagi Sedap!” – Ala-Ala Kerepek Goreng, Pencungkil Gigi Goreng Kini Makanan Viral Di Korea Selatan

Dunia

“Tambah Perasa Lagi Sedap!” – Ala-Ala Kerepek Goreng, Pencungkil Gigi Goreng Kini Makanan Viral Di Korea Selatan

Pelik tetapi benar-benar berlaku di Korea Selatan apabila kini di sana makanan yang sedang trending adalah pencungkil gigi goreng.

Pegawai kesihatan Korea Selatan halang makan

Susulan ia kini menjadi viral di negara sana, pegawai kesihatan Korea Selatan memohon agar orang ramai berhenti dari memakan pencungkil gigi yang digoreng hingga rangup.

Advertisement

Dapat dilihat dalam platform media sosial, rakyat di sana menggoreng pencungkil gigi hingga rangup, lalu menambah perasa seperti keju atau serbuk pedas untuk lebih sedap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NowThis (@nowthis)

Diperbuat daripada kanji jagung atau ubi keledek

Difahamkan, pencungkil gigi yang dijual disana diperbuat daripada kanji jagung ataupun ubi keledek, lalu dicelup dengan pewarna dan dianggap sebagai mesra alam.

Namun begitu, Kementerian Makanan dan Dadah menyatakan keselamatan memakan pencungkil gigi itu masih belum jelas.

Pencungkil gigi kanji bukan produk yang boleh dimakan…keselamatan mereka sebagai makanan belum disahkan.

Sekadar info, pencungkil gigi goreng ini bukanlah trend makanan berbahaya yang disebarkan di media sosial. Pada tahun 2022, Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S. beri amaran kepada orang ramai supaya tidak memasak ayam mereka menggunakan NyQuil dan pada tahun 2018 pula, Procter & Gamble menggesa pengguna untuk tidak makan detergen dobi Tide PODS.

ayam dimasak dengan ubat batuk jadi trend
2 years ago

Masak Ayam Dengan Ubat Batuk, 'Sleepy Chicken' Jadi Trend Baru Di TikTok?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...