Sedia maklum, baru-baru ini, anak sulung pelakon serta penyanyi, Bella Astillah iaitu Ayden telah berjaya menamatkan acara renang 400 meter di Langkawi Swim Fest.
Kejayaan tersebut sememangnya meraih perhatian ramai, di mana rata-rata berasa bangga melihat kecerdasan serta kegigihan anak kecil itu menamatkan acara tersebut dengan penuh jaya.
Syed Saddiq motivasi buat Ayden
Sewaktu ditanya oleh seorang netizen di live TikTok mengenai siapakah yang memberi semangat buatnya, Ayden menjawab Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang membuatkan dirinya berusaha menamatkan acara itu hingga ke garisan penamat.
I see uncle (Syed Saddiq) first.
@syedsaddiqbellaastillah soon ironkid🫶🏼 #syedsaddiq #bellaastillah #bellasyedyes #teambass #xybca #fypage #syedsaddiqbellaastillah ♬ original sound – Tone Twister
Netizen sebak dengar jawapan Ayden, persoal mana Aliff Aziz
Susulan menyebut nama Syed Saddiq sebagai motivasinya untuk bekerja keras, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak serta merasakan Ahli Parlimen Muar itu memainkan peranan yang besar dalam hidup anak Bella ketika ini.
Dalam pada masa yang sama, ramai juga yang berasa malu untuk penyanyi, Aliff Aziz yang merupakan bapa kandung kepada Ayden tetapi anak kecil itu tidak menyebut namanya sebagai individu yang memberi motivasi untuk kekal semangat hingga ke garisan penamat.