Taman Tema Mula Ganti Air Kolam Baru, Elak Jangkitan Rotavirus Berulang

Trending

Taman Tema Mula Ganti Air Kolam Baru, Elak Jangkitan Rotavirus Berulang

Pihak pengurusan Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) akan memasukkan air baharu di dalam kolam esok bagi mengelak jangkitan Rotavirus dan Gastroentritis Akut (AGE).

Advertisement

Pengurus Besar BMLR Kamal Hussein berkata air kolam di taman tema air itu dikeringkan sejak 3 hari lalu setelah mendapat arahan daripada Jabatan Kesihatan Perak.

“Jabatan Kesihatan Perak sedang memantau operasi di taman tema itu termasuk kaedah penggunaan pengklorinan bagi mengelak jangkitan tersebut,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan agar pihak pengurusan taman tema itu menggunakan klorinator bagi menggantikan kaedah pengklorinan secara manual untuk mencegah jangkitan Rotavirus dan AGE.

Taman tema air itu ditutup selama 14 hari sejak Khamis lepas bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dijalankan selepas beberapa kes AGE dan Rotavirus dikesan dipercayai kerana mandi di pusat rekreasi tersebut.

Setakat ini, 46 kes AGE direkodkan masing-masing 17 di Kedah dengan 3 daripadanya positif Rotavirus, Pulau Pinang (10 AGE, 6 Rotavirus), manakala Perak 19 kes AGE.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...