Taman Tema Maps Ditutup Selepas Hanya Tiga Tahun Beroperasi

Trending

Taman Tema Maps Ditutup Selepas Hanya Tiga Tahun Beroperasi

Sering menjadi lokasi percutian keluarga di Malaysia, kini taman tema Movie Animation Park di Perak ditutup berkuatkuasa hari ini. Berita ini pastinya memberikan kesedihan kepada pengunjung tetap dan mereka yang tinggal di kawasan tersebut.

Sepanjang tiga tahun beroperasi, ramai pengunjung nyata teruja dengan pembukaan taman tema dengan konsep yang unik ini dan berjaya menarik jumlah pengunjung yang ramai seawal pembukaannya.

Advertisement

Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young.

Penutupan taman tema ini pastinya akan memberikan kesan kepada jumlah pelancong di Perak kerana taman tema ini merupakan antara tarikan utama negeri itu. Namun di sebalik penutupan ini, ramai yang berharap perubahan yang lebih baik akan dilakukan oleh pihak pengurusan dan mereka dapat kembali semula dengan servis yang lebih baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...