Taman Tema Lotte World Promosi Tiket Murah 50%, Rakyat Korea Serbu Meskipun Dalam Tempoh Penjarakan Sosial

Trending

Taman Tema Lotte World Promosi Tiket Murah 50%, Rakyat Korea Serbu Meskipun Dalam Tempoh Penjarakan Sosial

Umum mengetahui bahawa kes COVID-19 di Korea kini telah mencecah angka 10,000, satu nombor yang cukup menyeramkan bukan sahaja bagi penduduk negara itu bahkan seluruh dunia. Meskipun, negara tersebut tidak mengarahkan perintah berkurung tetapi kerajaan acap kali menggesa semua rakyat supaya mematuhi penjarakan sosial.

Pun begitu, nampaknya terdapat segelintir penduduk Korea yang memandang enteng dengan ketegangan yang disebabkan oleh wabak COVID-19 ini. Rata-rata mereka masih lagi memenuhi kafe dan kedai seperti biasa meskipun mengenakan item perlindungan seperti topeng muka.

Advertisement

Lagi mengejutkan apabila taman tema terkenal di Seoul iaitu Lotte World telah mengadakan promosi tiket separuh harga supaya menggalakkan penduduk untuk melepaskan tekanan kerana terperap di rumah dengan bermain di situ.

lotte world tawar tiket separuh harga

Namun begitu, rakyat Korea yang sepatutnya mengelakkan diri daripada berhimpun secara ramai telah melanggar arahan tersebut apabila barisan panjang dapat dilihat di Lotte World pada 3 Mac lepas dek kerana promosi yang menggiurkan itu.

Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dilihat beratur dan bersembang santai tanpa menjaga langsung jarak di antara masing-masing. Meskipun menyarungkan topeng muka tetapi mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menggalakkan penularan COVID-19 dengan mudah.

lotte world tawar tiket separuh harga lotte world tawar tiket separuh harga

Rata-rata netizen Korea menyuarakan kekesalan mereka dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak Lotte World kerana menawarkan promosi sedemikian dalam saat yang genting ini. Ramai juga yang menyalahkan pengunjung yang sanggup berpusu-pusu ke taman tema itu walaupun sedar perbuatan itu adalah berisiko tinggi.

Disebabkan oleh jumlah kes yang nampaknya kian menurun semenjak pelaksanaan perintah penjarakan sosial ini, kerajaan Korea telah mengumumkan bahawa arahan ini akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula Sabtu lepas.

Diharapkan tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak menjejaskan proses pembendungan COVID-19 di Korea.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...