“Taman Tema Konsep Filem Magika Bakal Dibina, Dijangka Buka Mei Tahun Depan” – KRU

Hiburan

“Taman Tema Konsep Filem Magika Bakal Dibina, Dijangka Buka Mei Tahun Depan” – KRU

Susulan kejayaan filem Magika, ia telah dijadikan sebagai inspirasi untuk penubuhan sebuah taman tema berkonsepkan edutainment, di mana dijangka akan dibuka pada Mei tahun hadapan.

Taman tema konsep Magika!

Pengerusi Eksekutif KRU Group iaitu Datuk Norman Abdul Halim berkata pihak mereka memilih filem Magika sebagai inspirasi kerana ia membawa mesej kekeluargaan serta elemen muzik yang kuat.

Advertisement

Kami melihat perlunya wujud lokasi fizikal untuk mempromosikan Magika 2. Media sosial sahaja tidak mencukupi. Jadi Taman Tema Magika bakal diwujudkan dengan konsep edutainment, gabungan pendidikan dan hiburan serta berteraskan watak-watak dongeng dan mitos tempatan.

kru rujuk semula

 

Dibina di kawasan Lembah Klang

Difahamkan daripada laporan mStar lagi, taman tema berkonsepkan indoor itu bakal dibangunkan di kawasan Lembah Klang dan Norman memaklumkan ketika ini kerja infrastruktur sedang giat dijalankan.

filem magika

Projek ini masih di bawah entiti KRU Entertainment tetapi akan dipindahkan ke KRUniverse selepas mencapai sasaran keuntungan.

Sekadar info, Magika merupakan satu filem fantasi muzikal arahan Edry Abdul Halim yang telah mencetuskan fenomena sekitar tahun 2010, di mana ia menghimpunkan kisah-kisah legenda dongeng Melayu serta watak yang ikonik, malah filem ini berjaya dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23.

Mimi Lana minta doakan dapat twins
2025-08-13 16:37:23

"Boleh Tak Semua Doakan Saya Dapat Bayi Kembar" - Mimi Lana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...