Kembali Beroperasi, Ribuan Pengunjung Penuhi Taman Tema Di Wuhan

COVID-19

Kembali Beroperasi, Ribuan Pengunjung Penuhi Taman Tema Di Wuhan

Wuhan kini telah pun selesai melalui perintah berkurung dan setiap hari ada sahaja berita yang kurang menyenangkan didengari datang dari daerah ini.

Siapa sangka Wuhan yang merupakan lokasi pertama COVID-19 ini dikesan, kini rakyatnya tanpa risau sering berhimpun secara beramai-ramai di kebanyakkan kawasan awam.

Advertisement

Baca: 65,000 Penduduk Berpusu-Pusu Keluar Dari Wuhan Untuk Meraikan Bebas Daripada Perintah Berkurung

Kali ini, penduduk di kawasan itu sekali lagi telah mencetus kebimbangan ramai, apabila sebuah taman tema di sana dipenuhi dengan ribuan pengunjung.

Seramai 3,000 pengunjung telah mula beratur untuk masuk ke taman tema tersebut semalam.

pengunjung yang beratur

Pemerintah negara China telah tampil menjelaskan bahawa kehidupan di sana akan kembali seperti biasa secara perlahan memandangkan pelbagai langkah telah pun dilakukan untuk memerangi wabak ini.

Hal ini kerana, sebanyak 5.5 juta penduduk  iaitu separuh populasi Wuhan kini telah diuji dan hanya 15 kes sahaja di kesan.

Gambar hiasan

Ujian yang dijalankan adalah percuma untuk orang ramai terutamanya golongan orang tua dan kanak-kanak. Pegawai Wuhan percaya bahawa swab test adalah satu-satunya cara untuk memastikan pembukaan semula sekolah dan perniagaan dengan selamat.

Walaubagaimanapun, mereka tetap berhati-hati untuk mengelak dari berlakunya gelombang kedua.

Difahamkan, pengunjung yang ingin ke sana perlu membuat tempahan awal terlebih dahulu dan segala pemeriksaan suhu badan mereka akan turut diperiksa sebelum dibenarkan masuk.

Bukan itu sahaja, taman tema itu dinyatakan hanya akan beroperasi 20% daripada seuruh kapasitinya buat masa ini.

Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...