Taman Tema Bergerak Terbesar Malaysia, Euro Fun Park Kini Kembali Ke Kuala Lumpur!

Trending

Taman Tema Bergerak Terbesar Malaysia, Euro Fun Park Kini Kembali Ke Kuala Lumpur!

Pastikan anda tidak melepaskan peluang bersama keluarga mengalami keseronokan bermain di taman tema bergerak terbesar Malaysia, Euro Fun Park pada 2 Februari hingga 3 Mac ini.

fun

Advertisement

Bertempat di Taman Sri Gombak (bersebelahan Maybank), ia menjanjikan malam penuh warna-warni dan dimeriahkan dengan 20 jenis permainan antaranya Vortex, Sky Rider, Merry Go Round, Dodgem Car, Top Gun dan Haunted Castle.

fun

Kesemuanya sesuai untuk anda yang gemarkan permainan ekstrem dan juga untuk kanak-kanak.

fun

Taman ini dibuka pada jam 7 malam sehingga 12 tengah malam. Tiket masuk berharga RM4.00 bagi dewasa manakala RM2.00 bagi kanak-kanak. Manakala setiap token untuk permainan berharga RM2.00.

fun

Jika anda tertanya-tanya tentang isu keselamatan, taman tema ini diselenggara oleh jurutera dari Eropah.

fun

Malahan, struktur mekanikal dan sistem eloktronik taman ini turut diperiksa oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Pastinya keselamatan dan keselesaan pengunjung serta pekerja menjadi keutamaan mereka.

Sumber Berita: Says

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...