Sebuah taman air berdekatan Sungai Petani telah menarik perhatian warga maya gara-gara syarat kemasukan ke taman rekreasi itu hanya dibataskan kepada orang Islam.
Berikutan kekecohan yang tercetus akibat syarat eksklusif itu, media tampil membuat liputan terhadap taman tema tersebut dan disambut kakitangan mereka dengan mesra dan mengesahkan bahawa kolam-kolam itu hanya terbuka kepada orang Islam.
Menurut kakitangan taman tema yang enggan didedahkan identitinya itu, alasan mengapa ia dibuka kepada Muslim adalah kerana tempatnya yang kecil dan kebanyakan penduduk tempatan di kawasan Kuala Muda adalah beragama Islam.
Pekerja tersebut menyatakan bahawa bukan orang Islam dialu-alukan untuk datang, tetapi tidak boleh menggunakan kolam renang kerana terdapat had bilangan orang yang dibenarkan.
“Kami adalah perniagaan kecil dan kebanyakannya melayani penduduk kampung,” katanya, merujuk kepada penduduk di kawasan berdekatan.
Terbaru, semakan di Google hari ini menunjukkan bahawa label “Muslim sahaja” yang muncul melalui carian di platform tersebut dan di Google Maps telah dikeluarkan.
Sebuah video yang dipaparkan di YouTube untuk mempromosikan taman tersebut menggambarkannya sebagai ‘Taman Tema Air Muslim Pertama di Utara Semenanjung Malaysia’.
Sebelum ini, muncul perdebatan yang mendakwa pihak pengurusan taman tema terbabit tidak patut meletakkan syarat seperti itu kerana berunsur perkauman.
Tempat ini hanya untuk orang Islam? Saya tidak tahu apa sebenarnya alasan di sebalik syarat tersebut.
Lebih baik pasang papan tanda syarat seperti tidak dibenarkan membawa anjing/minuman keras/ dilarang berbikini daripada ingatan berunsur perkauman seperti ini.
Namun ada juga yang mendakwa pihak pengurusan taman tema air itu bersifat swasta dan boleh menetapkan syarat-syarat pada jenis pengunjung yang ingin datang beriadah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.