Sebelum ini, inai jenama Nunha yang dihasilkan oleh usahawan serta selebriti terkenal, Neelofa menjadi topik bualan orang ramai dan tular gara-gara hasilnya yang menecewakan selain warna hitamnya yang seakan-akan lebam.
Belum reda tentang isu itu, muncul pula isu terbaharu apabila Neelofa memuat naik hantaran di Insta Story miliknya yang memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka sudah boleh membeli produk tersebut di Shopee Innai NunHa HQ.
Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, seorang pengguna dikenali sebagai Ija Juhari telah meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati apabila usahawan itu membuka jualan produk Innai NunHa di Shopee kerana ianya sekaligus akan menganggu penjualan agen dan stokis.
Apa guna ada stokis and agents kalau HQ buka jualan untuk HQ dekat Shopee. Tamak.
Jelasnya, tindakan itu akan menyukarkan agen dan stokis untuk menghabiskan penjualan stok yang dipegang mereka sekiranya HQ sendiri sudah mula menjual produk tersebut.
Bukan itu sahaja, agen dan stokis turut pernah mendapat produk inai yang perlu dibuat pembungkusan semula di dalam bungkusan sendiri gara-gara ‘sachet‘ inai tidak dicetak seperti yang sepatutnya.
Kalau den dapat stok yang kena repacking sendiri and nak jual mesti rasa tak confident. Apa punya HQ la buat benda tak habis macam tu. Kesian seller.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang mendakwa tindakan itu seperti ‘menikam belakang’ agen dan juga stokis yang sudah bertungkus lumus memasarkan produk tersebut.
As usual… so mudahan yang nak jadi agen next time kajilah bagi habis dulu – netizen.
Malah, ada juga yang memesan agar usahawan selebriti itu belajar dari kesilapan yang sudah berulang kali dilakukan.
“HQ pun nak buat retail jugak padahal agent dah berlambak.. lagi nak untung banyak.. tak faham,” tulis seorang pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.