Tali Keselamatan Anak Jadi Perdebatan Hangat Pengguna Internet Jepun

Trending

Tali Keselamatan Anak Jadi Perdebatan Hangat Pengguna Internet Jepun

Tidak dapat dipastikan siapa sebenarnya yang mula mencipta tali keselamatan untuk kanak-kanak, tetapi tali ini mula dijual di Jepun dan membawa bersama kontroversi dengannya. Dibincangkan dengan meluas di forum keibubapaan dalam talian di Jepun, tali ini dipanggil maigo himo (secara literal bermaksud ‘tali kanak-kanak hilang’) dan boleh dibeli secara mudah dari laman beli belah dalam talian.


 photo child-leash.jpg
 photo child-leash2.jpg
Tetapi nak panggil apa pun, ada yang menganggap tali ini satu alat bantuan ibu bapa yang sangat berguna dan bagi sesetengah orang lain ia memalukan pula. Pengguna Intenet Jepun yang tidak bersetuju dengan tali keselamatan kanak-kanak agak lantang memperkatakan pendapat mereka:-

Advertisement

Saya tidak pernah gunakannya tetapi saya pernah lihat ibu bapa lain yang menggunakannya. Saya tidak guna kerana saya tidak menganggap anak saya seperti binatang.

 

Nampak macam bawa binatang peliharaan keluar.

 

Budak-budak bukan binatang peliharaan! Asalkan ibu bapa mengawasi anak dengan teliti dan pastikan mereka pegang tangan anak sewaktu berjalan, itu pun dah cukup. Yang ini nampak macam penderaan anak pula.

Dalam pada itu, bagi mereka yang menyokong penggunaannya, kata kuncinya ialah ‘keselamatan’, kerana ia boleh membantu melindungi anak-anak dari hilang atau dilarikan.

Saya mula gunakannya kerana saya fikir saya akan lembap bertindak jika sesuatu yang buruk berlaku.

 

Kalau saya pegang tangan anak saya, mereka boleh pulas dan lepaskan tangan. Mereka yang pegang saja tangan anak suka menghakimi kami yang pilih untuk gunakan tali, tapi mereka takkan faham sehingga sesuatu yang buruk berlaku.

 

Saya gunakan tali untuk anak saya sewaktu mengandung anak kedua. Perut saya sangat besar dan saya tak boleh berlari untuk kejar anak saya jika keadaan jadi bahaya. Kalau bukan sebab ini, pegang tangan anak saja pun dah cukup.

 


 photo child-leash3.jpg
 photo leash.jpg

Apa pun, dalam era masa kini di Malaysia dengan pelbagai kejadian buruk berlaku kepada kanak-kanak yang berada di luar rumah, mungkin tali keselamatan ini sesuatu yang baik untuk mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini.

Apa pendapat anda?

Sumber: Matome Naver

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...