Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Talha Harith Nafi Wanita Dalam Instagram Kekasihnya

Kalau semalam kami telah menerima tip tentang seorang gadis yang dispekulasi sebagai kekasih kepada Talha Harith,  mStar Online telah bertanya sendiri kepada Talha sama ada benar gadis tersebut ialah kekasihnya. Talha bagaimanapun telah menafikannya.

Saya tidak kisah pun mengenai gambar-gambar kami tersebar sebab tiada apa yang menjolok mata ataupun perbuatan tidak sopan.

Cuma saya perlu jelaskan wanita itu hanyalah kawan baik dan kami bukan kekasih seperti segelintir pihak sangkakan.


Sebetulnya, wanita itu bernama Farah Shazreen memuat naik gambarnya dengan Talha ke laman Instagram dan membuat kapsyen ‘my babyboo‘ sehingga menimbulkan spekulasi yang beliau ialah kekasih Talha.

Saya terus tegur kenapa dia memuat naik gambar-gambar itu berserta kapsyen my babyboo (kekasih saya) kerana ia menimbulkan salah faham.

Padahal kami hanya kawan baik sejak tiga tahun lalu dan tiada apa-apa ikatan istimewa pun.

Talha turut menambah bahawa penafiannya bukanlah untuk menyembunyikan status hubungannya dari peminat.

Saya cuma tidak mahu timbul salah faham sahaja. Kalau memang dia kekasih tidak apalah tetapi kami hanya kawan biasa.

Advertisement

Atau mungkin juga kapsyen tersebut satu deklarasi dari Farah Shazreen tentang perasaannya pada Talha? Hanya dia dan Tuhan saja yang tahu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top