October 27th, 2009

wan sharmila

.

Sering kali kami tertanya-tanya, mengapakah artis-artis Malaysia punya perkahwinan tak bertahan lama? Why oh why? Mungkin kerana si suami jeles tengok bini pakai seksi dalam drama atau filem? Atau kerana bini selalu balik lambat rumah sampai si suami tidur sorang-sorang dalam bilik? Mungkinkah juga si suami berkahwin dengan si isteri hanya kerana nak menumpang glamer?

Sesungguhnya kami tak tahu apa sebenarnya reason di sebalik penceraian Wan Sharmila dengan suaminya, Fazli Baharom. 23 Oktober 2009, kira-kira jam 10.30 pagi, mereka berdua telah disahkan bercerai di Mahkamah Syariah Johor Bahru dengan talak satu. Mahligai yang dibina awal tahun 2007 hancur berkecai, berderai bak kaca yang jatuh ke lantai dapur.

Buat Wan Sharmila dan suami (kepada mereka yang tak kenal Wan Sharmila nie, leh tengok drama Tari Tirana), harap anda berdua tabah menghadapi cabaran hidup ini. Kalau boleh rujuk, rujuklah balik. Kalau tak boleh nak buat camner kan? Wish both of you all the best dalam menghadapi masa akan datang.


Comments are closed.

Loading...