Gadis bertubuh besar yang pernah menjadi tular berikutan kesnya bersama Datuk Aliff Syukri dilaporkan telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Kawan baik kepada allahyarhamah Wani, Putri Nur Rabiatul Nabihah juga meninggal dunia pada hari yang sama pada pukul 4.40 pagi semalam akibat jangkitan wabak tersebut.
View this post on Instagram
Berita duka tersebut dimaklumkan ahli keluarga Putri menerusi sebuah hantaran Instagram milik Wani untuk pengetahuan netizen.
Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira atau Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9 malam tarik 18 Ogos 2021. Wani pergi pada hari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal akibat COVID-19.
Penulis hantaran tersebut turut memohon doa orang ramai agar roh keduanya dicucuri rahmat dan dirahmati Allah S.W.T.
Menjengah ruangan komen, berita tersebut turut mendapat perhatian beberapa selebriti seperti Azwan Ali dan Zarina An Joulie.
View this post on Instagram
Terdahulu, Wani pernah mencuri tumpuan netizen ekoran kisah mengenai berat badannya yang mencecah 300Kg sehingga tidak mampu berjalan.
Allahyarham mula mendapat perhatian apabila dia mendakwa dirinya tertipu dan dimanipulasi oleh seorang jawatan kosmetik yang mendatanginya sekitar tahun 2019 untuk melantik dirinya sebagai duta produk namun diberikan syarat untuk menjalani pembedahan pada bahagian perut terlebih dahulu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.