Pelakon Syatilla Melvin dilaporkan telah menerima berita duka apabila dia disahkan keguguran anak ketiga ketika kandungan berusia lapan minggu.
View this post on Instagram
Menganggap ianya bukan rezeki, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin telah mengesahkan mengenai perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik pada hari Selasa yang lalu.
Ujar isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini lagi, kandungan tersebut difahamkan terbantut dan tidak berkembang seperti kebiasaannya.
View this post on Instagram
“Sebenarnya saya baru tahu hamil.. tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam (Selasa), doktor sahkan yang kandungan saya terbantut..tak berkembang..”
Mengakui berasa sedih dengan berita itu, pelakon drama Sha & Shah ini menganggap tiada rezeki berpihak buatnya dan Sam meskipun dia sudah bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata yang baru.
Dia dalam pada itu turut memberitahu bahawa pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum melahirkan cahaya mata pertama dan kedua.
View this post on Instagram
“Sebenarnya, ini merupakan kali ketiga saya alami keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua sebelum Sarima.. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri..kalau tak saya akan lalui proses mencuci rahim..”
Terdahulu, Shaheizy Sam ada berkongsikan berita gembira mengenai kehamilan Syatilla pada 22 Mac yang lalu.
Takziah diucapkan buat pasangan Syatilla dan Shaheizy Sam di atas kehilangan ini.