Baru-baru ini, seorang pempengaruh, Mohd Rustam Johari atau dikenali dengan nama OtamBlurr berkongsikan khabar berita duka mengenai pemergiaan sepupu kesayangannya, Mak Menah.
Ketika dihubungi oleh pihak mStar, Otam memberitahu pemergiaan Mak Menah pada pagi Jumaat disebabkan Hipoglisemia iaitu kesan sampingan kencing manis.
Mak Menah meninggal disebabkan hypo. Sebelum ini, arwah ada kencing manis. Tapi punca kaki kanan dipotong disebabkan ada terpijak paku minggu lalu. Tak sangka melarat sampaikan kena buat pembedahan.
View this post on Instagram
Pempengaruh tersebut turut berkata Mak Menah atau dikenali sebagai ‘Makcik Petir’ itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bahawa akan pergi buat selamanya ketika berusia 58 tahun.
Untuk info ramai, biarpun Mak Menah tidak mempunyai akaun media sosialnya sendiri, tetapi telatah arwah yang ceria dan loghat orang Melaka yang sering digunakan telah menghiburkan hati warganet.